meh jadi kawan saya

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikun dan Salam Hari2 to anak2 rimau semua....

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan untuk para pemain Harimau Malaya ni..

Aku ni bukanlah peminat tegar bola sepak..... Match malam tadi pes taim aku tgk dari saat pemain nyanyi lagu kebangsaan Indonesia sampai saat2 pemain2 MALAYSIA berpeluk kegembiraan... Cuba bayangkan kematu kot punggung aku duduk atas kerusi keras kat Arked Meranti tu dari 7.30 ptg until 11.30 mlm.....

Tiap kali gol dijaringkan masa perlawanan aku dgr sorakan daripada penonton2....A'aaaah aku suka semangat tu... satu semangat yang menunjukkan kita ini bersatu....

malas nak cakap byk... T aku nak beli la Jersi mesia.... ok BYE... Selamat Bercuti untuk penduduk Johor

Monday, November 21, 2011

Sejarah Dajjal Al-Masih: Part 3

Assalamualaikum..... mesti ampa semua dok tertunggu2 aku hupdate belog kan (ada ka org baca belog aku ni)... Lately ni aku xda mood nak berblogging gara2 cintaku ditolak oleh Fahrin Ahmad  esimen n test yg datang bertimbun2 tanpa sempat aku tempis.... Back to main point kali ni aku nak cerita pasal Maharaja Shih Huang Ti..

Maharaja Shih Huang Ti ni jugak dikenali sebagai God of Earth. Kalo ampa nak tau Maharaja ni la yang buat
patung terracota. Okei dokei sekian makhluk Allah s.w.t pertama sekali mai kita merungkap sejarah tanah asal usul keluarga Li. Sejarah China nampak mcm kebetulan dgn sejarah Dajjal tapi ekceli semua ni adalah satu perancangan.


Monumen dan artifak Terracota Warriors  ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huang Ti, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia. (just like n3 sebelum ni

SAtu piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huang Ti ini separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti? Hanya Allah s.w.t yg Maha Mengetahui.




Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.

    Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua
    kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi

    Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “...pemerintah akan kembali.....penghujung waktu...” – maklumat disusun daripada The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.

    Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi HuangTi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia jugak meninggalkan mesej yg dia akan mai balik untuk menjadi tuhan.

Puzzle ni pun dah hampir siap(ikot kerajinan aku la....mai la kita sama2 tggu next n3)

p/s : n3 kali ni xda pic sebab berukband dh slow mcm siput...

Friday, November 4, 2011

Sejarah Dajjal Al-Masih: Part 2

Maaf la kalo lama tunggu sambungan artikel ni..Aku busy dgn urusan duniawi..

Hari ni aku nak story mori pasal orang Mayan... Ala xkan xtau puak Mayan ni.. Puak yg ramal end of world in 2012 sampai ada filem lagi.

kod 2# : The God of Mayan

nama tuhan puak mayan Quetzalcoatl. Quetzalcoatl menjelma seperti haiwan reptilia dan orang mayan juga berpendapat dia menyerupai makhluk asing (alien). Tuhan depa ni jugak menyerupai seorang lelaki tua yang bijak, berjanggut, berambut putih dan kadang2 pd waktu2 tertentu akan berubah menjadi seperti reptilia bersisik (just like above picture)

Quetzalcoalt ni mengajar puaknya tentang astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbentuknya piramid mayan, arkitektur binaan pelik dan banyak lagi.

Secara logiknya, penempatan puak Mayan ni nun jauh dalam hutan kat mexico mcm mana depa boleh dapat segala ilmu padahal depa x berhubung langsung dengan tamadun luar as tamadun mayan ni xda pelabuhan mcm tamadun2 lain. Mmg jauh pun aku dah gugel map tempat tu.

Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku depa The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Pendapat Mat Salleh berdua ni selari dengan  sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).

Kalendar Mayan yang berbentuk matahari


Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Dalam kotak pemikiran aku dpd pembacaan secara rawak Atlantis  mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.


piramid mayan
usd 1dollar

Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malahan puak  kaum Mayan juga dah  meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi(dekat history channel ada sentuh bab ni). Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012? Entah lah....


Yang peliknya kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang macam tu saja secara misteri dengan tinggalkan  satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.



Citer 2012 itu diwujudkan untuk menimbulkan ketakutan di dalam fikiran manusia yang akan terjadi sesuatu pada 2012. Apa yang ditunjukkan di dalam filem itu kemungkinan besar tidak akan berlaku sebaliknya akan berlaku sesuatu yang besar (perang atau peristiwa lain) yang akan menyebabkan masyarakat dunia terdesak untuk menerima bantuan. Dan ketika itulah akan datang penyelamat membawa berita gembira tetapi mempunyai helah di sebaliknya, jika kita tidak menerima bantuan itu, mungkin hidup kita akan terseksa. Inilah permainan Dajal untuk membuatkan manusia menerimanya sebagai Tuhan.



tunggu sambungan n3 ni insayallah....