meh jadi kawan saya

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, October 18, 2011

Uncle Seekers boleh ramal mimpi...

Assalamualaikum n Selamat Pagi to sapa2 yang tengah baca n3 ni...


Tengah2 aku dok godek2 gugel cari bahan untuk dibaca aku jumpa la belog uncleseekers ni yang bertajuk ramalan mimpi ku siap ada part 1,2,3.... so on mengalahkan sinetron Indonesia lagi..


 Jap ampa semua kenal dak sapa uncle seekers ni???? Ala yang dulu dok buru hantu sana sini tu sekarang pulak ramal mimpi sana sini... Awat tukaq profession uncle?? Hantu2 dah xdak ka????
Most of ramalan uncle ni xelok belaka.. kalo dia ramal pasal anak kucing umah jiran mak tiri dia xpa juga dia ni dia ramal pasal masa depan artis dan orang2 kenamaan termasuk Najib juga. Melihat kepada traffic belog pakcik ni agak meningkat disebabkan ramalan dia. Memang nak publisiti je aku tengok dulu tulis pasal skandal dia dengan permaisuri Aishah...



Ramai artis artis yang tak puas hati apabila kisah idup mati depa diramal oleh uncle seekers..antara artis yang menjadi ‘mangsa’..Marsha, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Rebecca Nur Islam, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.
Kata uncle dia bermimpi je, dan tak salah nak berkongsi mimpi dia tu dgn orang, kalau ramalan cuaca boleh orang terima, kenapa tidak ramalan tentang manusia.(erkkkkk)
“Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?
“Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita.
Komen Marsha :
Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.
“Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.

Komen Rebecca:
Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun. ( benda xbaik xpayah la nak canang)
“Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.
Komen Zizan pulak :
Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.
“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.
Macam2 kontroversi la uncle nih..selepas kontroversi dengan bekas permaisuri Agong.. tak duk diam uncle ni..
Antara orang kenamaan yang dia mimpi termasuklah Tan Sri Syed Mokhtar Syah b. Syed Al Bukhary, Tun Daim Zainuddin, Tony Fernades dan ramai lagi le. Banyak part2 ramalan uncle ni..macam buku..boleh le terbit satu buku pulak kot pasni..hahaha!!

No comments: